Posts

Showing posts from December, 2018

Telefon Bimbit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di MRSM Arau, wirawan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit. Harga telefon bimbit yang dibawa hendaklah di bawah RM500. Telefon bimbit hanya boleh digunakan pada petang Jumaat hingga petang Ahad dan disimpan oleh Jawatankuasa Pengurusan Asrama pada petang Ahad hingga Petang Jumaat. Masa ambilan: 6.00 petang (Jumaat) Masa serahan: 6.00 petang(Ahad) Berikut disertakan link ke senarai telefon bimbit yang boleh dibawa ke maktab. Sekiranya telefon bimbit anda tidak tersenarai, sila rujuk laman web ini https://technave.com/ https://drive.google.com/open?id=1EV765a0tR2M1MY8lQ4dWuAsWo5BK9UX6

Senarai Barang Keperluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga senarai barang keperluan yang disediakan oleh Biro Wira dan Biro Wirawati MRSM Arau ini dapat membantu anda membuat persiapan sebelum pulang ke maktab. Senarai kelengkapan peralatan & pakaian wirawati Mrsm Arau 2019 1.Bantal-1 2.Selimut-1 3.Cadar & sarung selimut maktab-1 4.Baldi-1 5.Pakaian sekolah:    *Uniform beige-2 pasang    *Uniform biru-1 pasang    *Pakaian unit beruniform -1 pasang    *Tudung putih-2 helai    *Tudung hitam-2 helai 6.Baju kurung(prep)- 4pasang 7.Baju batik maktab-1  8.T.shirt riadah-4  9.T-shirt rasmi maktab-1 10.Seluar slack hitam-2 11.Pakaian tidur- mengikut keperluan 12.Tracksuit warna gelap-4 13.Kasut    *PVC-1    *Sukan-1    *Sandal-1 14.Stoking    *sekolah    *muslimah 15.Kain dalam-2 16.Anak tudung-2  17.Telekung-1 18.Beg telekung-1 ...

Etika Pemakaian Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada setiap pagi iaitu ketika slot 'morning call', Lembaga Disiplin Pelajar akan menjalankan 'spot check' untuk memastikan wirawan termasuk Badan Wakil Pelajar mematuhi etika pemakaian. Berikut merupakan etika pemakaian wirawan MRSM Arau berkuat kuasa tahun 2019. ISNIN •Kelas pagi - prep petang : -wira 1. Baju beige muda 2. Tali leher Maktab 3. Tali pinggang 4. Seluar coklat 5. Stokin hitam  + kasut PVC / Kulit -Wirawati Kelas pagi - prep petang : 1. Tudung putih + anak tudung hitam/putih 2. Baju kurung beige muda + inner 3. Kain coklat 4. Stokin hitam + kasut kulit/PVC •Riadah -Wira 1. Baju berkolar (tuck in) 2. Seluar sukan 3. Stokin + kasut sukan -Wirawati 1. Baju long-sleeve 2. Seluar sukan 3. Stokin + kasut sukan •Prep Malam -Wira 1. Baju Melayu berkolar 2. Seluar slack 3. Sandal / Stokin + Kasut Kulit -Wirawati 1. Tudung hitam + ana...

Leadership Supremacy

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 'Leadership Supremacy' merupakan cogan kata rasmi MRSM Arau yang telah digunakan sejak awal penubuhannya iaitu pada bulan Julai 2017. Cogan kata ini melambangkan hasrat maktab untuk melahirkan modal insan yang mempunyai tahap kepimpinan yang terbaik lantas dapat berkhidmat kepada agama,masyarakat,bangsa dan negara. Di MRSM Arau, para pelajar digelar 'wirawan'. Para pelajar wira dipanggil 'wira' manakala para pelajar perempuan dipanggil 'wirawati'. Para guru pula dipanggil 'tuan' dan 'puan'. Etika sebegini diterapkan di maktab ini untuk memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan wirawan dan dapat mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan. Semoga perkongsiaan ini dapat meningkatkan semangat anda untuk memasuki MRSM Arau!

Disclaimer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi Badan Wakil Pelajar MRSM Arau. Blog ini diwujudkan khas sebagai platform untuk orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Maktab Rendah Sains MARA Arau yang terletak di Pauh Putra,Arau,Perlis. Kami akan memaparkan maklumat-maklumat terkini berkaitan MRSM Arau untuk memudahkan urusan ibu bapa dan pelajar terutamanya bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan pertanyaan anda ke akaun Instagram kami iaitu @srcarau. Kami akan berusaha untuk memastikan blog ini sentiasa dikemas kini dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk semua. Semoga inisiatif ini mendapat sambutan yang baik dan diteruskan pada masa akan datang. Yang Memegang Amanah, BWP Arau